29
Jul
11

Memancing dengan efektif

Dua minggu berturut-turut saya pergi memancing. Mula-mula ke Kuantan, kemudian ke kelong di Kuala Selangor. Hasilnya sekadar boleh tahan sahaja.

Setelah sekian lama memancing, banyak kali perasaan hendakkan ikan besar atau ikan banyak menjadi damba di hati. Namun bila tiba ke destinasi memancing, pelan asal kadangkala tersasar apabila ikan kurang menjamah umpan dan bila kawan di sebelah asyik sahaja menaikan ikan. Sangat menghairankan padahal kita memancing di kawasan yang sama. Setelah pengamatan dan analisa dibuat, banyak sangat perkara yang kita sendiri mengambil sepi ketika memancing. Kita tidak membaca pergerakan air, tidak meneliti umpan, mata kail, batu ladung, tali perambut dsb. Contohnya bila kita lihat begitu banyak gelama dinaikan, terpaksalah kita menukar peralatan kita dengan set-up gelama. Mata kail yang agak kecil dan tajam ke, tali perambut yang lebih kecil diameternya ker dsb.

Tetapi kita mesti yakin bahawa apabila terdapat gerombolan ikan-ikan yang lebih kecil dan bergerak berkumpulan ini, tidak jauh dari mereka pastilah ada ikan-ikan yang lebih besar mengendap mereka. Ini saya belajar dari otai di Terengganu yg akan memerhatikan samada pemancing lain ada menaikan gelama dengan jumlah yang banyak kerana kata mereka, pari tidak jauh dari gerombolan ikan kecil ini. Jadi jika ianya berlaku, seelok2nya kita gunakan ikan-ikan gelama yang kecil tu sebagai umpan memerangkap pari yang kononnya sedang mengendap. Di Terengganu saya dapati tekaan otai-otai itu 70% tepat. Tetapi ketepatan mereka juga telah mereka padankan dengan lain-lain pengalaman yang mereka sendiri telah seldiki termasuklah kontur pantai itu serta arah angin. Tidak semestinya mereka memancing bersebelahan mamat yang dapat banyak gelama tu, tetapi di sekitar kawasan yang mereka yakin ada lubk untuk pari datang bersantap seperti tebing-tebing pasir yang tenggelam ketika air pasang. Dan oleh kerana pari, mulutnya dibawah dan ia suka menangkap mangsanya di dasar, maka perambut yang sesuai adalah dengan menggunakan teknik fish finder atau banyak orang kata dengan teknik batu hidup. Kalau kita gunakan paternoster atau flapper rig atau perambut dua mata satu diatas dan satu di bawah, perambut yang di bawah tu mestilah panjang sehingga boleh berada di dasar selepas kita cast umpan kita.

Kalau kawasan yang kita memancing tu tiada gigitan setelah sekurang-kurangnya setengah jam, elok lah kita berpindah tempat. Jangan lupa membaca arah angin serta aliran air dari kemana dan hendak kemana. Ini adalah satu cara untuk tahu di mana umpan berada untuk menarik perhatian sang ikan besar yang lapar tadi.

Pendek kata, untuk menjadi pemancing yang selalu dapat ikan, kenalah kita menjadi agak cerewet. Pernah sekali ketika di Endau/Rompin, satu pakcik yang membawa saya memancing kerapu menyatakan betapa pentingnya kita sensitif mengenai banyak perkara ketika memancing. Dia juga menyatakan bahawa jika kita dapat banyak ikan di suatu spot, janganlah kita duduk di spot yang sama begitu lama kerana gerombolan ikan tu pasti akan bergerak ke tempat lain yang berdekatan. ZDengan cara ini, jumlah ikan yang kita boleh dapat adalah lebih banyak. Insyaallah.

Jadi rumusannya, marilah kita mabil ikhtibar dari lain-lain pemancing yang berpengalaman untuk menjadikan kegiatan memancing kita lebih syok. Umpan kalau boleh mesti di tukar.

Wassalam dan Selamat Menyambut Ramadhan Mubarraq.


0 Responses to “Memancing dengan efektif”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: