12
Jul
11

Salam kembali

Sudah sangat terlalu lama tak update.

Setelah disemak semula komen2, banyak isu2 menarik dipaparkan.

Surf casting atau memancing di pantai sebenarnya adalah satu hobi santai yang bukanlah menjanjikan ikan2 hebat. Kecuali kalau kita memancing di kawasan tertentu di pantai timur dan pada waktu2 yang tertentu, ikan bersisik jika ada rezeki tidak mustahil didapati. Saya sendiri pernah mendapat ikan cermin seberat 1.5kg ketika memancing di pantai Paka Terengganu.

Kalau memancing berdekatan dengan muara, tidak mustahil juga ikan seperti pecah periuk boleh ditariknaik.

Tetapi adalah sangat lazim kita mendengar kebanyakannya pari yang berhasil ditawan ketika sesi pertandingan memancing pantai.

Seperti yang dimaklumi, peralatan asa memancing pantai adalah joran yang panjang sekurang-kuranya 8 kaki supaya dapat membuat lontaran yang lebih jauh. Namun begitu, antara perkara penting yang kita mesti faham adalah kontur pantai yang kita hendak memancing. Jika pantai itu sangat mendatar, perlulah kita meneliti kawasan-kawasan yan lebih dalam. Ini boleh dibuat ketika air surut. Tapi suka diingatkan, kalau hari ni kita dapat membaling umpan kelubuknya, seminggu kemudian, barangkali lubuk tu dah tak ada lagi. Kan pepatah ada kata sekali air bah sekali pantai berubah. Jadi pastikan pemerhatian ini terutama sekali selepas air besar.

Waktu memancing juga penting bagi kita menilainya. Seperti yang saya pernah nyatakan, jika kita memancing diwaktu2 sunyi, kebarangkalaian untuk mendapat ikan adalah lebih baik.

Penggunaan peralatan lain juga sama pentingnya. kalau pantai landai dan bersih eloklah kita gunakan tali yang lebih kecil diameternya kerana ini dapat membantu kita membuat lontaran umpan lebih jauh. Kalau pantai yang berbatu atau berkarang, elok juga kita gunakan tali yang lebih kasar kerana pantai2 sebegini lazimnya digemari kerapu.

Di Terengganu contohnya, pemancing tegar disana akan memerhatikan samada banyak atau tidak anak2 gelama yang bermain atau dapat dikail kerana bagi sesetengah mereka, ini menandakan pari tdak jauh.

Penggunaan umpan berbeza di pantai timur dan pantai barat. Di pantai timur adalah sangat asing bagi kita untuk melihat pemancing disana menggunakan umpun2. Penggunaan udang, sotong atau isi ikan adalah kebiasaan. Di pantai barat umpun2 adalah satu umpan yg menjadi kemestian bagi pemancing pantai.

Di pantai sekitar Endau, pari dapat di jerat dengan umpan sotong. Di Lumut pari juga tertarik dengan umpun2.

Gelama, duri, belukang, tetuka, daun baru, semilang  dan pari adalah spesis yang selalunya menghuni di kawasan pantai. Tapi in bukan bermakna kalau kita memancing disini kita akan dijanjikan hasil yang berkilo2. Saya sendiri pernah dapat lebih 50 ekor bebolos dengan memancing kurang dari sejam di satu teluk di lumut. Keesokan harinya membaling umpan di spot yg sama tidak menghasilkan apa-apa pun.

Jadi kalau anda hendakkan ikan mahal atau ikan besar ketika memancing di pantai, kebarangkalianya adalah sangat rendah walaupun kadangkala kita membawa umpan yg selalunya digunakan oleh pemancing laut dalam. Bagi saya, memancing pantai sangatlah santai tetapi jika kita beri sedikit analysis kepada kawasan yang kita mendak pancing tu, insyaallah kita tidak akan kumpau. Tapi yang ni lah yang kita selalu malas nak buatkan? Yang menjadi keseronokan, memancing pantai dapat dilakukan bersama keluarga. pasti anak2 akan seronok melihat ikan ditariknaik tak kiralah ikan apa dan saiz apa. Adakalanya kita dapat juga belajar dari anak2 yang selalu akan menyuruh kita lepaskan ikan2 kecil yg mereka kasihani. Ini mengajar kita catch n release. Tapi jangan lah kita membuat sampah di pantai2 kita. Kalau sampah kita eloklah kita masukkan di dalam satu plastik dan buang di tempat2 yang lebih sesuai.

Minggu depan saya akan ke Kuantan dan memancing dipantai. Jika ada cerita menarik, saya akan update.

salam…

rezeki murah di pantai tlk ketapang terengganu


0 Responses to “Salam kembali”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: