05
May
09

Memancing di Kuala Linggi

Salam…

Kuala Linggi ni bukanlah satu spot memancing yang luar biasa. Namun begitu suasananya yang dapat memikat ahli keluarga mandi manda dan pantainya yang agak bersih membuatkan saya memilihnya untuk bersantai bersama keluarga sambil saya dapat melepaskan gian ber surfcasting. Tak kesahlah dapat ikan atau tidak.

Kalau dulu orang tempatan bilang Kuala Linggi ni memang kaya dengan pelbagai ikan termasuklah cencaru yang bermain di muka muara Kuala Linggi ni. Tapi bila ramai orang tahu tempat ni lubuk emas maka ramailah juga penjaring-penjaring professional dan separuh professional termasuklah yang amatur menjalankan kegiatan menjaring mereka. Akhirnya mungkin kawanan ikan dah merajuk maka lari lah mereka. Barangkali juga spesis mereka dah pupus kerana anak2 ikan pun disapu bersih.

Beberapa tahun yang lalu jika kita memancing di Kuala Linggi dapatlah ikan gelama, bebolos, smilang, duri, daun baru, tetanda, tuka dan lain-lain spesis lagi. Seronok juga. Tapi dua tiga tahun kebelakang nak dapat seekor duri pun agak sukar. Tak tahu lah sebab apa. Maka dengan itu saya pun agak menjauhkan diri dari Kuala Linggi kerana rasa penat jugak memandu jauh-jauh dari Kuala Lumpur dan tak dapat apa-apa.

Setelah sekian lama tak melawat Kuala Linggi ni dengan perasaan berat hati saya gagahkan juga selepas rancangan untuk memancing di Kuantan terpaksa di kensel.

Sampai di Kuala Linggi saya litah tidak ramai yang memancing. Dua beranak yang memancing di atas batu saya lihat tidak dapat apa-apa ikan pun.

Saya pun tidak lah teruja untuk memancing. Kami kemas barang dan makan tengah hari sambil menikmati angin laut. Selepas makan baru lah saya menyiapkan peralatan surf fishing saya dan dengan hanya umpan perumpun yang saya beli hanya sebungkus mulailah aktiviti surf fishing saya.

15 minit kemudian saya lihat joran saya terhenjut-henjut. Seekor gelama yang agak besar sudah mengena. Ini sudah baik. Kata say dalam hati. Selepas itu saya mendapat 7 ekor gelama dan 2 ekor tetanda. Not bad!

Selepas 3 jam dan umopan pun dah habis saya pun kemas barang dan balek.

Nampaknya Kuala Linggi telah memberi nafas baru. Tapi ini hanya sekali sahaja. Mungkin rezeki saya kali ini.  Mungkin lawatan-lawatan selanjutnya akan menjadi pengukur kepada Kuala Linggi.

Kalau ada lagi cerita-cerita Kuala Linggi akan saya ceritakan disini.

Cheers…

oleh twelvefooter..


2 Responses to “Memancing di Kuala Linggi”


  1. 1 rmanowar
    August 17, 2009 at 18:40 am

    Brader, saya rmanowar dari MFN nak tanya ckit, kat pantai kuala linggi tu pakai udang fresh boleh ke? Isi ikan boleh tak? banyak sangkut tak kat sana?

    • 2 malaysiasurfcasting
      September 1, 2009 at 18:40 pm

      alamak…sori lama tak update blog nie..

      sebenarnya semua umpan bole tapi kat kuala linggi ni nampaknya pumpon sarong yg paling ikan kat situ suka…tapi kalau pakai udang idop waktu malam kalau rezeki tu ada pari atau siakap remaja biasa jugak naik, insyaallah…

      pantai kuala linggi ni ada tempat yg slalu je sangkut ada tempat ok je…kalau cast jauh sikit slalu selamat la…kat tepi2 tu byk juga batu dan karang…..kalau dapat ikan bila dah nak sampai tepi tu jgn le nak fight2 lagi..lambat sikit kalu nasib baik sangkut kerapu keling dia apa lagi nak lari celah batu lerrr…hehehe…tapi kerapu jarang sangat bro..

      salam ramadhan..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: