18
Mar
09

Surf Fishing di Kuantan

Salam.

Maaf kerana agak lama tdak update blog ini kerana begitu sibuk dengan tugak-tugas harian. Kali ini sukacita saya hendak memaparkan spot memancing kegemaran saya. Saya amat gemar memancing pantai di Kuantan kerana terlalu banyak pilihan untuk memancing.

Kuantan kaya dengan pantai-pantai yang juga kaya dengan ikan-ikan pantai termasuklah ikan pari. Walaupun ikan pari di pantai-pantai di Kuantan tidak terlalu memilih umpan namun otai-otai di Kuantan mempunyai rahsia mereka dalam memilih umpan. Ada sejenis ikan yang saya tidak tahu namanya yang rupanya seperti ikan lampam adalah umpan yang dikatakan sangat efektifuntk memikat ikan pari. Kalau rajin ke perkampungan nelayan di tepi-tepi pantai sangat mudah untuk kita dapat umpan itu ketika anak-anak nelayan memukat tarik di waktu petang. Sebab itulah saya tak ingat nama ikan itu kerana bila nampak bergelimpangan di pantai setelah dipukat, kutip saja. Nantilah bila satu hari saya dapat mengambil gambar ikan tu akan saya paparkan disini.

Jika ke bandar Kuantan, tempat yang paling dekat sekali hendak memancing adalah di kawasan Esplanade atau pun beberapa orang tempatan akan mengenalinya sebagai Benteng. Tempatnya adalah berdepan dengan Hospital Besar Tengku Afzan kalau tak silap saya. Di waktu malam kita akan lihat ramai pemancing tempatan yang akan menghabiskan masa petang mereka. Ada yang casting dan ramai yang menggunakan joran-joran surf yang membolehkan mereka melontar umpan jauh ketengah. Hujung minggu yang lalu seorang pemancing berjaya membawa naik seekor pari di waktu petang.

Selain dari Esplanade, pemancing pantai juga boleh mencuba nasib di Pantai Gelora. Ia terletak dekat dengan kelab golf kuantan. Ramai pemancing disini memburu pari. Saya sendiri pernah dapat seekor pari tetapi terlepas ketika ia di permukaan air. Selain pari saya juga pernah menaikkan kerapu. Kawasan disini saya agak mempunyai batu karang kerana kadar sangkut boleh tahan tingginya. Ketika air besar pergerakan air di sini agak laju.

Siapa tidak kenal pantai peranginan Teluk Cempedak. Kawasan ini agak istimewa terutama sekali bila ombak besar dan bendera merah dinaikkan menandakan orang ramai tidak boleh mandi manda. Ketika ini pemancing bolehlah bermaharaja lela menggunakan surf rod mereka untuk memancing. Jika tidak kenalah menapak sedikit ke kawasan berbatu untuk memancing. Disini lazimnya pemancing akan menggunakan udang hidup selain lain-lain umpan standard seperti sotong dan potongan isi ikan.

Selain ketiga-tiga tempat di atas boleh lah juga memancing di pantai Anak Air di Tanjung Lumpur, Pantai Batu Hitam, Gebeng dan sekitar pantai-pantai peranginan Cherating.

Memang seronok jika ke Kuantan kerana banyak tempat yang kita boleh pilih. Untuk melabuhkan diri setelah penat memancing banyak kemudahan-kemudahan hotel dan chalet dari yang murah sehinggalah ang mahal. BAnyak juga pilihan untuk makan malam yang kebanyakkannya berdekatan jembatan ke Tanjung Lumpur.

Akhir kata peliharalah pantai kita dan utamakan keselamatan ketika memancing.

Twelvefooter


2 Responses to “Surf Fishing di Kuantan”


  1. 1 haji choket
    March 20, 2009 at 18:40 pm

    memang betul, pantai di sekitar kuantan banyak pari.. bulan lepas saya dah menaik kan pari seberat 22kg.. ada seorang rakan saya setakat bulan ini telah dapat 9 ekor pari…

  2. 2 malaysiasurfcasting
    March 21, 2009 at 18:40 am

    salam haji,

    fuyoo…mancing kat mana tu…umpan?

    twelvefooter


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: