12
Feb
09

Memancing Bebolos

Saya dah tak ingat bila. Tapi di suatu hari raya. Bertempat di pantai Teluk Rubiah, kenangan memancing ikan bebolos memang sangat mengasyikkan. Dalam lebih kurang dua jam sebanyak lebih 50 ekor ikan ini dapat dipancing. Mula-mula seronok tapi bila nak hisap rokok (Amaran: Merokok Membahayakan Kesihatan) pun tak dapat, lama-lama rasa macam satu beban pulak. I am human after all.

Tapi herannya sekarang nak dapat sekor pun amatlah susah. Barangkali aktiviti nelayan pantai yang tak sporting langsung menyebabkan ikan ni dah merajuk dan mula berumah di kawasan lain agaknya. Nelayan pantai di Teluk Rubiah memang kejam. Selalunya tak hiraukan pemancing-pemancing ketika air baik. Ade ke patut dorang menjaring rapat kepantai macam budak-budak Kuantan bermain pukat tarik? Sekurang-kurangnya budak-budak di Kuantan tu tak adalah sampai menjaring dikawasan ada pemancing. Di Teluk rubiah ni dah lah dorang naik bot. Dari tengah sampai tepi dia sapu. Kejam sungguh.

Kalau dulu bila air besar dari pantai pun boleh nampak gerombolan ikan bebolos ni bermain, tapi kini tinggal mimpi saje lah. Pasal tu lah dulu nak tarik pari kat Teluk Rubiah ni agak senang. Sekarang ni nasib-nasib saja lah. Kalau ada orang menjaring pun yang ada adalah anak-anak gelama yang masih menyusu. Kalau bercuti di hari minggu di sana dan hendak memancing elok lah memancing di siang hari kerana penjaring-penjaring ni jarang ada. Bila dah petang nampaklah kelibat mereka sehinggalah lewat pagi.

Kini bila kat Selangor begitu banyak lesen bot nelayan pantai yang diberikan nampak gaya makin susahlah nak dapat walau ikan buntal sekalipun di persekitaran perairan di Selangor nanti.

Balik kepada cerita memancing bebolos ni, kaedah yang paling effektif adalah kaedah memegang joran setelah umpan dibaling ke laut. Bebolos ni kalau kita lambat samada dia telan umpan dalam-dalam atau pun tanpa kita sedar dia dah terlepas. Perambut yang digunakan adalah jenis paternoster. Kalau masa ikan bebolos ni tengah banyak nak pakai perambut appolo pun boleh juga. Bebolos kalau banyak mungkin berada lebih kurang 20-30 meter dari gigi air. Tak perlulah baling jauh-jauh. Umpan yang ssaya guna ketika dapat begitu banyak bebolos ini adalah umpan sotong supermarket. Nak pakai perumpun pun boleh, isi ikan bebolos pun boleh. Bila dah banyak tu apa pun boleh kot. kalau nak syok lagi gunalah tali berdiameter kecil seperti 8 paun ke bawah. Baru lah terasa fightnya walaupun dengan yang bersaiz kecil. Tapi kalau yang kecil sangat tu kalau boleh lepas kan saja lah. Mungkin kalau dia belajar rajin-rajin dia boleh jadi ahli parlimen bila besar nanti hehehehe.

Ok lah sebenarnya nak cerita pasal lain. Tapi tiba-tiba aje terkenang masa memancing bebolos tu.

Kepada sekelian pemancing…fish safely and jagalah kebersihan pantai kita.

Sekian. Twelvefooter


2 Responses to “Memancing Bebolos”


  1. 1 khalid
    February 15, 2009 at 18:40 am

    meleleh air mata baca cerita lu…bang sebenarnya dulu masa zaman gua ghairah memancing dulu memang gua marah dengan nelayan yang menjaring terlalu dekat dengan pantai tetapi gua dah insaf. mereka mencari rezeki untuk bagi makan anak bini, beli buku sekolah dll. kita sport fishing bang bukan nak ikan sangat sebab punca rezeki kita bukan dari laut. mulai dari sekarang bila kita jumpa je lubuk ikan kita mesti bagitau nelayan supaya dapat mereka tambah pendapatan. tetapi gua tetap berdoa agar SUATU HARI DIHARI RAYA lu dapat bebolos BESAR BAS…..he…he

  2. 2 malaysiasurfcasting
    February 16, 2009 at 18:40 am

    hahahaha….ader ke bebolos besar bas…itu bebolos mesti dah tua…kalau besar mcm tu gua suruh dia makan nelayan tuuu…bro kot ye pon nak cari makan jgn la buat tak nampak org tgh pancing…cik gu gua masa skolah dulu mesti kata…otak tidak hahahaha…

    cheers…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: