20
Dec
08

Asas Pancingan Pantai

Salam sejahtera.

Sebenarnya tiada peralatan khusus untuk memancing di pantai. Namun demikian, untuk mempelbagaikan tangkapan ada baiknya kita menyediakan diri dengan peralatan-peralatan pancingan yang menjadi kegunaan pakar-pakar pancing pantai yang saban kali dapat memikat ikan-ikan besar yang bermain agak jauh dari pantai. Dengan itu ingin saya berkongsi beberapa asas yang boleh dijadikan panduan untuk memancing di pantai.

Joran

Eloklah menggunakan joran sekitar 12 kaki hingga 13.5 kaki. Saiz ini tidak terlalu panjang atau terlalu pendek dan lazimnya agak mudah untuk dikawal. Pilih lah joran yang bahagian tengahnya agak mudah untuk dilentur supaya ketika membuat lontaran umpan dan ladung ia akan membuat lontaran yang lebih jauh kerana kadar kompresi yang tinggi. Ia juga membantu ketika berlawan dengan ikan yang besar seperti pari. Jenis joran terpulanglah kepada kemampuan anda. Tidak semestinya joran yang murah harganya tidak dapat melawan ikan yang besar.

zziplex

Kekili

Ada dua jenis kekili yang sering digunakan oleh pemancing pantai. Yang mampu dan yang sudah biasa dengan kekili mendatar atau multiplier, lebih suka menggunakan kekili jenis ini kerana saiznya yang kecil dan ringan tetapi mampu untuk membantu membuat lontaran yang jauh. Tetapi untuk menggunakan kekili jenis ini latihan perlulah diadakan supaya akan lebeh selesa menggunakannya di apa jua keadaan. Carilah kekili mendatar yang mempunyai ‘magnetic brake’ supaya dapat membantu kawalan tali keluar ketika lontaran dibuat. Ini akan menggurangkan kejadian ‘birdnest’.

6500c3ctmag 6500c3ctsports abugarcia

Kekili ‘spinning’ juga mampu melontar jauh tetapi selalunya perlu menggunakan kekili yang agak besar saiznya. Untuk memilih kekili sebegini elok lah kita memilih kekili yang mempunya ‘long spool’ supaya lebih banyak tali boleh dimasukkan dan akan menjadi lebih effisyen untuk tali keluar ketika lontaran dibuat.

surf-spinning-reel

Tali

Tali berdiameter yang sesuai perlulah diperkenakan dengan kekili. Lazimnya tali berdiameter 0.30mm – 0.35mm adalah sangat sesuai untuk memancing di kebanyakan pantai. Namun sekiranya memancing di pantai yang berbatu ada baiknya ‘shock leader’ bersaiz 0.60mm-0.70mm disambung kepada tali utama. Ia akan dapat menahan geseran kepada batu-batu ketika menarik ikan gergasi atau ikan-ikan yang aggresif. Perlu diingat, jika kesan geseran sangat tinggi ‘shock leader’ ini perlu diganti dengan serta merta. ‘Shock leader’ juga berguna kepada pelontar-pelontar yang aggresif dan ia akan mengawal lontaran supaya tali tidak putus dengan senangnya ketika desakan lontaran yang kuat atau desakan ikan yang kuat.

schockleaderting2ikatan ‘shock leader’

Kita akan sambung dengan asas-asas yang lain nanti.

Selamat memancing.

Dihasilkan oleh Twelvefooter


3 Responses to “Asas Pancingan Pantai”


  1. 1 khalid
    January 29, 2009 at 18:40 pm

    bila lu nak turun distance casting? baling tak jauh payah dapat ikan bang(tapi jangan jauh sangat nanti tak dapt ikan jugak). dah berapa tahun dah gua tunggu lu datang ke bukit mahkota, tak sampai2 lagi. kalu lu liat or malas bangun pagi then cannot do anything, can’t be helped lah. hope you can turun coz we need new blloodd bang.

  2. 2 malaysiasurfcasting
    February 3, 2009 at 18:40 am

    hehehe….tu la pasal….wa apparently bukan morning person la dude hehehehe..

    cheers..

  3. 3 jemi spital
    October 5, 2010 at 18:40 am

    baru nak try masuk ni.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: