Selamat bertemu kembali.
Mungkin masih tidak terlambat untuk mengucap Salam Ma’al Hijra kepada umat Islam dan juga Selamat Tahun Baru kepada semua.
Untuk bersambung topik Asas Pancingan Pantai, kini saya cuba ketengahkan suatu aspek yang agak penting dalam sukan memancing di pantai ia itu perambut.
Perambut-perambut yang akan diilustrasikan di sini merupakan perambut yang lazim digunakan oleh pemancing-pemancing pantai yang berpengalaman. Namun begitu ini tidak bermakna perambut yang digunakan ini menjanjikan tangkapan yang besar lagi lumayan. Ia adalah perambut yang bersesuaian dengan cara memancing dan peralatan yang digunakan. Jika dilihat dari ilustrasi berikut, perambut-perambut yang digunakan pemancing pantai ini membantu pemancing membuat libasan/lontaran joran-joran pantai yang rata-rata panjang dengan lebih kuat untuk dapat menempatkan umpan seberapa jauh yang boleh atau di lokasi yang pemancing merasakan adalah laluan ikan. Lazimnya laluan-laluan ini juga agak jauh ke tengah.
Jika diamati, penggunaan baitclip atau cangkuk kecil akan meminimakan tercabutnya umpan-umpan yang lembut seperti udang atau isi ikan yang dipotong ketika libasan/lontaran dibuat.
Untuk membuat perambut-perambut ini bahan-bahan seperti tali perambut, saiz mata kail dan cili (swivel) terpulanglah kepada pemancing itu sendiri. Ada pemancing yang suka menggunakan tali perambut yang lebih kecil diameter tali perambutnya dan ada yang suka menggunakan tali perambut yang bersaiz besar. Begitu juga dengan pilihan mata kail. Ilustrasi di bawah adalah contoh sahaja. Namun demikian, pemancing boleh membuat modifikasi mengikut kepandaian dan selera masing-masing.
Seterusnya jenis-jenis perambut pancingan pantai.
Flapper rig
Lazimnya digunakan untuk memikat ikan-ikan yang lebih kecil tanpa perlu melontar umpan terlalu jauh.

Pulleyrig
Pemancing pantai lazimnya memanggilnya big game rig kerana ingin melontar umpan jauh ke tengah dan memikat ikan-ikan seperti pari atau ikan-ikan yang bersaiz besar.

Up and Over
Pemancing pantai lazimnya memanggilnya big game rig kerana ingin melontar umpan jauh ke tengah dan memikat ikan-ikan seperti pari atau ikan-ikan yang bersaiz besar.

2 Hook Clip rig
Bila pemancing pantai ingin melontar umpan jauh ketengah.

Sumber dari www.smartfishing.co.uk
Selamat memancing
Dihasilkan oleh Twelvefooter






