07
Apr
10

Cara mudah membuat perambut Paternoster

Salam sejahtera.

Di sini saya ingin berkongsi cara yang mudah untuk membuat perambut paternoster. Melalui gambar yang tertera di bawah apa yang saya gunakan adalah 3-way swivel. Anda hanya perlu mengikat 3-way swivel ini pada tali perambut dan terpulanglah pada anda berapa banyak yang anda hendak buat. Saya lazimnya hanya menggunakan dua sahaja, satu di atas dan satu di bawah. Apabila anda dapat hook-up pastikan anda perhatikan di bahagian manakah ikan itu mengena. Kalau di bawah maka bermakna ikan itu akan menyerang umpan yang di bawah atau dalam erti kata lain ikan lebih aktif di dasar, jadi lebihkan umpan di situ atau presentasi umpa cantik2 di situ. Kalau di atas maka sebaliknya lah ia. etapi jika waktu gelama sedang galak maka peluang untuk double hook- up atau triple hook-up adalah cerah.

Satu perkara yang perlu diambil perhatian adalah anda mesti pastikan jarak antara 3-way swivel di aas dan di bawah tidak terlalu rapat dan pastikan juga tali ke mata kail di bawah tidak akan menyentuh (tangle) yang di atas. Jika ia berlaku umpan tidak dapat dipresentasi dengan baik. ikan tengok pun dia buat tak tau jer.

Antara kebaikan menggunakan 3-way swivel ini ialah ia akan mengikut arus di bawah (undercurrent). Ia boleh berpusing-pusing mengikut arus dan ini boleh mengelakkan tangle. Kalau arus terlalu kuat cuba panjangkan tali mata kail. Kalau arus perlahan yang pendek sudah memadai.

Kalau pantai terlalu landai dan tidak dalam, perambut paternoster ini agak kurang berkesan.

Harap ilmu ini dapat menambah ilmu memancing kita danĀ  memberi manfaat kepada kita semua. Amin.

twelvefooter

illustrasi perambut paternoster menggunakan 3-way swivel(gunakan saiz 3-way swivel sekecil boleh. Kalau beli yang warna menyinar saya galakkan anda gunakan marker merah untuk menutup/menghilangkan sinarnya)

About these ads

0 Responses to “Cara mudah membuat perambut Paternoster”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: