19
Mar
10

Memilih Joran untuk Surf Fishing

Salam,

Memilih joran dan kekili yang sesuai untuk pancingan pantai adalah satu keperluan yang sangat penting. Mahu diingat memancing di pantai secara teorinya memerlukan kita melontar umpan kita sekurang-kurangnya 70m-80m jauh ke laut untukĀ  memberi kita sedikit peluang mendapat ikan yang agak besar. Lainlah kalau kita memancing di Maldives atau di Australia.

Ada banyak jenis joran surf yang dijual di kedai-kedai pancing dan joran Shimano Surf yang saya nampak dijual di Syt Kepong adalah satu joran yang pada saya joran yang baik. Harganya rm800++. Joran ini direka untuk keperluan surf fishing dan sangat popular di negara barat. Otai-otai surf di Malaysia juga memberi thumbs-up pada joran ini. Jadi jika tuan-tuan mempunyai bajet saya syorkan tuan-tuan mendapatkan joran ini. Namun demikian, tepuk dada tanya selera. Untuk keperluan memancing pantai ada juga beberapa rod bajet seperti Ofmer, Loomis dan Okuma yang harganya dalam RM200 -RM300 dua tiga tahun lepas. Tak tahu lah saya samada ia masih di jual lagi atau tidak.

Untuk memilih surf rod beberapa aspek penting harus di perhatikan dan yang penting sekali ia mestilah bersesuaian dengan tuan-tuan. Lazimnya surf rod yang baik panjangnya adalah antara 12′ – 13.5′. Mungkin kalau anda seorang yang tinggi maka anda boleh consider rod bersaiz 15′ ke atas. Rod yang terlalu panjang sangat sukar dikendali. Itu pengalaman saya.

Aspek kedua adalah rod action. Untuk orang yang sederhana, elok cari rod medium action. Rod medium action bermaksud lengkongan rod itu dari pertengahannya. Ini dapat membantu lontaran yang jauh dan dapat absorb kekangan sang gergasi yang bertarung dengan anda. Dalam aspek ini kalau rod itu tertulis medium heavy, pada saya ok rod tu.

Guide atau cincin merupakan aspek yang penting juga. Tapi bila kita beli rod yang sudah siap kita kena terimalah apa saja cincin yang ada kecuali jika kita punya modal untuk menukarnya kepada yang berjenama seperti fuji atau SIC. Tapi kalau tak tukar pun tak pe. Kalau tuan-tuan nak pakai cincin berjenama ni saya syorkan tuan-tuan membeli rod blank yang berjenama seperti zziplex dan bubuhlah cincin yang baik tu. Tapi yang ni harganya mahal lah. Rod blank yang saya pernah jumpa adalah lebih kurang RM1200 paling murah. Untuk menjadikannya surf rod dengan cincin-cincin yang seperti diatas kenalah belanja dalan rm200-400 lagi. Tapi bila dah siap kira tuan-tuan dah ada surf rod bertaraf BMW atau Mercedez lah hehehe.

Apa saja pilihan tuan-tuan, penjagaan rod sangatlah penting. Jadikan satu habit untuk terus mencuci rod tuan-tuan selepas pulang dari memancing pantai. Memadai basuh dengan air paip. Kalau nak sabun pun boleh lah. Yang penting kita basuh adalah untuk melarut garam yg mungkin crystallize di celah-celah lubang cincin dan jika dibiar lama-lama mungkin secara senyap akan menjadi punca tali kita putus ketika bertarung dengan ikan kerana garam-garam itu akan menjadi objek yang abrasive yang mendiami cincin di rod tuan-tuan. Adalah menjadi tabiat yang baik juga untuk kita memeriksa cncin-cincin itu sebelum mula memancing. Kalau ternampak tanda-tandanya, siram sahaja dengan air suam untuk melarutkannya.

Akhir sekali, pilihlah rod yang mempunyai ciri-ciri yang tersebut di atas. Beli lah rod ikut kemampuan masing-masing tapi kalau boleh jangan lah membeli rod yang berat dan terlalu keras. Bagi saya alah membeli menang memakai. Kalau tuan-tuan main belasah je takut tuan-tuan akan frust dan seterusnya meninggal sukan memancing yang santai ini. Jadi kalau tak cukup duit, kumpul dulu duit tu. Dan saranan saya selepas tuan-tuan membeli surf rod tu belajarlah dari otai surf yang boleh dikatakan setiap hujung minggu mengadakan klinik surf casting secara percuma. Bawa saja rod anda dan kekili. Belajar dry casting dulu. Bila dah pandai dan ada pertandingan memancing pantai boleh lah tuan-tuan sertai dan kalau rezeki ada ditangan mungkin hadiah besar menanti tuan-tuan.

twelvefooter

About these ads

2 Responses to “Memilih Joran untuk Surf Fishing”


  1. 1 poy
    September 21, 2010 at 18:40 pm

    hai saudara twelvefooter…blh bg tau mcm mana nk memilih joran berdasarkan casting weight?
    ade joran surf yg tertera CW nye 100-200gram @ 100-300gram… sebaik2 nye klu beginner mcm sy nie elok pki CW yg mcm mane?

    • 2 malaysiasurfcasting
      July 12, 2011 at 18:40 pm

      minta maaf kerana terlalu lama tak update. sibuk dgn kerja.

      saudara,

      saya menyusun jari sepuluh kerana saya kurang ilmu dalam bait casting. bagaimanapun dalam surf casting, kita akan menggunakan casting weight seperti yg disyorkan pada joran supaya kita dapat performance atau lontaran yg optimum. namun begtu adalah sangat penting bagi kita memahami teknik2 casting supaya kita dapat cast dengan lebih tepat di kawasan yang kita rasa ikan tu ada.

      Walaupun saudara beginner, cuba lah cari peralatan yg bersesuaian dengan bajet saudara. kalau mampu elok juga beli yang berjenama kerana ia sudah melalui scientific analysis. Kalau kita beli barang yg baik, kita tak perlu lagi belanja nak upgrade. bila upgrade je, yg lama kita tinggalkan. membazir bukan? Dan casting weight untuk beginner sebenarnya pun adalah suatu yg subjektif. sangat bergantung kepada kekili yg kita guna, kalau guna jenis yg mendatar (multiplier) kita kena banyak bersabar kerana “sarang burung” akan selalu berlaku jika kita tersilap. dalam kes begini elok juga guna spinning. tapi terpulanglah, kadang2 elok juga belajar dari kesilapan yg kita buat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: