13
Mar
10

Waktu Terbaik Memancing Pantai

Ini adalah satu persoalan yang sangat sukar dipastikan jawapannya. Kata orang kalau dah rezeki tu bila-bila pun kita bleh dapat ikan.

Namun demikian, apa yang hendak dinyatakan adalah satu observersi sahaja.

Saya selalu memerhatikan setiap kali memancing di pantai di siang hari aktiviti gigitan hanyalah tertumpu kepada ikan-ikan yang lebih kecil seperti gelama, duri, smilang atau tuka. Apabila matahari mulai tegak gigitan lazimnya sangatlah kurang. Fenomena ini mungkin berlaku atas beberapa sebab. Terlalu banyak aktiviti pantai seperti orang bermain air yang mana kocakan menghantar vibrasi yang kuat kepada ikan maka mereka menjauhkan diri dari kawasan itu. Kemudian apabila kawasan tersebut sibuk dengan laluan bot, gigitan juga agak kurang.

Kenapa pulak jika waktu pertandingan ade yang mendapat ikan besar seperti pari? Teori saya begini:-

1. Tiada bot yang lalu lalang ketika pertandingan dijalankan.

2. Tiada aktiviti main air ketika itu.

3. bila ramai pemancing maka begitu banyaklah makanan (umpan) yang barangkali menarik perhatian ikan besar.

Saya telah cuba memancing di spot yang sama pertandingan memancing pantai yang mana pemenangnya mendapat ikan pari yang besar sehari selepas pertandingan dan di waktu yang sama tetapi gagal mendapat apa-apa ikan. Pada ketika itu juga bot-bot nelayan pantai yang semalam tiada lalu lalang tetapi menjadi aktif. Begitu juga dengan aktiviti orang bermain atau mandi manda di pantai. tetapi apabila malam tiba dan bila tiada lagi bot lalu lalang dan tiada aktiviti di gigi pantai, aktiviti gigitan bermula aktif. Lebih sunyi lebih berhasillah aktiviti memancing (lebih-lebih lagi di bulan gelap). Kalau kita memancing di tempat yang lebih terpencil, peluang untuk mendapat ikan yang lebih besar adalah lebih cerah. Kalau rajin berjaga sampai kedini hari lebih baik lah peluang mendapat pari yang besar seandainya waktu itu air mulai pasang atau beransur surut.

Jadi berdasarkan kepada observersi saya jarang sekali saya hendak memancing ketika tengahari kecualilah ketika bersantai berkelah dengan keluarga tanpa kesah samada ada gigitan atau tidak. Amat jarang saya mendapat tangkapan yang membanggakan di waktu sedemikian. lebih baik rehat dan simpan tenaga untuk memancing mulai pukul 5 atau 6 petang.

Selalunya saya perhatikan waktu yang agak memberangsangkan adalah antara pukul 7 pagi hingga 1o pagi dan diwaktu senja hingga ke dini hari. Ketika bulan gelap adalah masa yang selalunya menjanjikan hasil yang lebih lumayan.

Itu lah saja pengalaman yang hendak dikongsi. Ia hanyalah pengamatan dan pengalaman saya sahaja. Bukan satu teori yang sohih atau mantap. Saya pernah beberapa kali memancing di pantai Acheh di Pulau Indah selama 45 minit pada pukul 6 petang dan hasilnya antara 2-3 ekor smilang yang baik saiznya. Barangkali satu kebetulan. Tetapi saya telah memerhatikan waktu dan ketika dan saya sangat jarang sekali gagal mendapat smilang di kala itu.

Sekian. Semuga dapat dimanfaatkan untuk observersi tuan-tuan pula.

twelvefooter


10 Responses to “Waktu Terbaik Memancing Pantai”


  1. 1 jojet
    March 18, 2010 at 18:40 am

    salam bro….baru jummmmpppppaaaaa…..ini blog terbaik brooo…..mintak rerajin update blog ni….saya baru belajar syrfing…niieee…lega jumpa blog ni….

    trima kasih kerana sanggup berkongsi ilmu

    • March 18, 2010 at 18:40 am

      salm bro….tahniah

      • 3 borne senggarang bee pee
        October 18, 2010 at 18:40 pm

        salam alaika…trima ksih kerna kongsi pengalaman..
        dri dulu kwan nk memburu pari n siakap di muara, tp x tau teknik..
        yang naik semilang n gelama saja.. bleh ajar teknik waktu,air, n bulan bila.,..

      • 4 malaysiasurfcasting
        July 12, 2011 at 18:40 pm

        alaikum salam…minta maaf kerana tak update. sangat sibuk lah. dari pengalaman saya, kadang kala ikan jenis pari atau siakap ni tak kira sangat waktu, air atau pun bulan. yang kita mesti perhatikan adalah geografi kawasan yg kita nak memancing. kadangkala di pantai yg sama dan memancing bersebelahan, org sebelah kita dok sronok je tarik pari. kita melopong je. bila cek air surut barulah nampak ada satu lubang dihadapan pantai tu.

        untuk siakap muara, sebaiknya cari umpan seperti anak ikan atau udang yg bermain di kawasan kita hendak pancing. ikan ni sebenarnya pandai juga. diberi kelebihan dari Allah untuk pandai menilai agaknya…

        bulan menandakan tingginya pasang surut, kalau di muara saya tak berapa suka memancing ketika air besar kerana arus terlalu laju dan ikan pun banyak yg lepak kat rumah dia. allauhualam

  2. 5 malaysiasurfcasting
    March 19, 2010 at 18:40 am

    Insyaallah. Akan saya usahakan topik2 yg boleh menjadi pelajaran untuk kita semua.

  3. 6 Arshad Muhamed
    May 20, 2011 at 18:40 pm

    Saya akui memang waktu sunyi ikan-ikan besar akan merentap umpan kita…
    pengalaman di Tanjung Harapan Port Klang …Dari pukul 6 bawa ke pukul 8 malam hanya 2 atau 3 kali joran saya digigit oleh ikan bersaiz sederhana sahaja tetapi masuk waktu malam dalam pukul 9 keatas memang mengalak tarik nya…Cbe1100.

    • 7 malaysiasurfcasting
      July 12, 2011 at 18:40 pm

      alhamdulillah. ikan2 besar suka ronda tgh malam sebab dia rasa selamat kot. yg kecik2 tu mmg tgh gila merempit. tu la pasal hehehe

  4. 8 ampangbear
    June 3, 2011 at 18:40 am

    Salam, bro,

    Terima kasih.

  5. 9 arman dzulakrnain
    June 10, 2011 at 18:40 pm

    salam satu malaysia….saya suka sgt memancing dan itu memang hobi saya….persoalannya…sepanjang saya memancing,sy guna umpan umpum2 dan hasil nya cukup baik…tapi bila saya guna udang atau sotong,hasil tangkapan agak kurang memberansangkan….sy sekarang di sabah dan orang kat sini tak suka guna umpum2…mereka selalu guna udang dan sotong..adakah umpum2 itu boleh menarik sang pari meragut umpam kita atau sang siakap atau merah meratah umpan umpum2 kita?

    • 10 malaysiasurfcasting
      July 12, 2011 at 18:40 pm

      salam. minta maaf kerana terlalu lama tidak aktif. tersangat lah sibuk mencari makan.

      umpun2 adalah umpan universal yang boleh menarik pelbagai spesis ikan termasuklah pari, siakap atau merah. tapi umpun2 tu mestilah segar dan kalau boleh yang gemuk. umpun2 jenis sarang atau ada orang kata umpun2 nipah lebih lazat untuk ikan berbanding ruat2 yang panjang seperti cacing gelang. kalau di kuala kemaman, ada sejenis umpanyg di namakan cacing pasir. Agak susah nak dapat kerana kena korek di pasir. yang ni kalau dapat sangat lazat. tidak berbau dan kalau kita guna tak habis boleh saja bungkus dalam surat khabar dan disejukbekukan. bila nak guna semula, ia seperti yg segar dan masih lazat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: