25
Feb
10

Umpan Untuk Pancingan Pantai-pengalaman saya…

Umpan merupakan aspek penting dalam memancing…ada orang suka umpan segar….ada orang senang dengan umpan pasar…senang dorang kata…ada juga yang gemar umpan tapa…fuh hebat…

Pada saya terpulang lah pada pemancing sendiri. Kadang kala kita cuba umpan yang disyorkan kawan atau otai memancing tapi tangkapan kita tidak lah sehebat mereka….kadang-kadang tu kita tengok budak kecik yang mancing sebelah kita yang serba kekurangan peralatannya dapat ikan yang lebih bagak dari kita…bila tanya umpan apa dorang pakai…dorang kata umpan ikan kembong atau sadin…bila tengok punya la ikan tu dah hancur dan berbau…jadi dalam hal ni kena lah kita terima ketentuan Ilahi…tapi tak bermakna kita tidak berusaha…

Pada saya bila saya nak memancing seharian, saya akan membawa umpan adiwarna. Adiwarna ni bermakna bermacam jenis lah. Sotong sikit, udang sikit, ikan sikit, perumpun sikit dan kadang kala roti.

Namun setelah beberapa tahun memancing saya dapati bahawa penggunaan umpan-umpan berikut agak selalu berjaya dengan spesis2 berikut:-

Sebagai pemancing pantai, perumpun biasanya merupakan umpan universal yang dapat meikat banyak spesis ikan. Perumpun lebih popular di pantai barat tetapi di pantai timur agak sukar mendapat umpan ini. Saya perhatikan di kawasan Kemaman ramai pemancing tempatan menggunakan cacing pasir. Rupanya seperti perut ikan tetapi tidak berbau. Saya pernah menggunakan cacing pasir ni sedekah seorang pemancing yang baik hati yang mahu pulang setelah puas dengan tangkapannya pada hari itu. Katanya dia udah berjaya menaikkan 30 ekor gelama. Tanpa ragu-ragu saya pun mengunakannya dan selama sejam saya memancing menggunakan cacing pasir tu saya dapat lebih kurang 10 ekor gelama selewak. Wah! hebatnya umpan itu. Rezeki saya melimpah ruah. Alhamdulillah. Sesudah memancing saya terasa sayang nak buang lebihan umpan cacing pasir tu. Saya pun membalutnnya dalam surat khabar dan bila sampai di rumah terus menyimpannya di dalam peti sejuk. Saya gunakan kebali umpan tersebut sebulan kemudian dan umpan itu masih baik begitu juga hasilnya. Hebat kekuasaan Allah! Setelah umpan tersebut habis saya tidak tahu lagi mana nak cari cacing pasir tu. Jadi saya berpendapat cacing pasir sangat effektif memikat gelama.

Perumpun pula banyak jenisnya. Ada orang suka perumpun nipah atau perumpun sarong. Ada orang suka ruat-ruat. Apa-apa pun saya dapati kedua-dua perumpun ini sangat efektif memikat gelama, gerut-gerut, tetanda, smilang, pari dan juga tuka. Bagaimanapun perumpun ni sangat mudah digetu ikan-ikan kecil. Kalau guna umpan ini kena lah kerap memeriksa umpan anda. Saya suka mencanguk sedikit sotong di hujung perumpunnya supaya sekurang-kurangnya kalau perumpun cepat hilang dicuri ikan kecil saya masih ada sotong jika saya malas nak tukar umpan.

Udang juga adalah spesis universal tetapi kebanyakkan pemancing sukakan udang hidup kerana udang hidup lazimnya dapat memikat spesis bersisik. Kalau udang mahal belilah beberapa ekor untuk top up umpan lain yang kita ada.

Umpan tapa pula selalunya kita dengar adalah umpan yang paling efektif memikat baung. Saya tidak pernah menggunakan umpan jenis ini tetapi saya pernah dengar otai-otai pantai banyak menggunakan sotong tapa untuk memikat pari. Saya sendiri pasa satu petang setelah kehabisan umpan, saya terjumpa seekor sotong yang sudah berbau dan dihurungi lalat. Kerana gian nak memancing saya pun kutip dan gunakannya tanpa memberi apa-apa harapan langsung untuk menarik apa saja ikan. Tapi kalau rezeki sudah di tangan, umpan sotong busuk itu telah memikat seekor pari yang beratnta dalam 3-4kg….malangnya saya terlepas pari tersebut apabila sudah di pantai kerana tali yang saya gunakan waktu itu hanya lah tali 5 paun. Bulus yang saya cari pari yang mengena. Jadi saya membuat andaian bahawa barangkali pari sememangnya suka umpan yang berbau. Saya perhatikan semilang juga begitu.

Umpan roti pula saya gunakan untuk memikat ikan belanak atau todak. Bila kita nampak kawanan ikan itu bermain, tabur lah sebanyak mana roti yang kita dah koyak kecil-kecil. Bila kita nampak kawanan ikan itu menyerbu roti itu, cangkuklah mata kail (guna saiz kecil) dengan cebisan roti tu dan balinglah berdekatan mereka. Harapan kawan-kawan untuk memikat mereka melebihi 60%. tapi jangan guna batu atau plampung yang boleh menakutkan mereka. kalau mereka takut semua akan lari. jadi kena-hati-hati dan gunalah talih dibawah 5 paun kalau boleh. Guna joran-joran yang tidak terlalu berat kerana tak syok tarik ikan kecil dengan joran bagak.

Begitulah serba sikit yang saya dah lalui semasa memancing. Menggunakan umpan yang disebut di atas bukan bermakna saya akan selalu berjaya menaikkan ikan, malahan banyak kali juga saya pulang dengan tiada langsung tangkapan! Jadi berdoalahlah pada yang esa supaya kita dimurahkan rezeki ketika kita memancing.

twelvefooter…


0 Responses to “Umpan Untuk Pancingan Pantai-pengalaman saya…”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: