Raya hari kelima yang lepas, sesudah menunaikan tanggungjawab sebagai anak, sebagai menantu, kami sekeluarga menghabiskan cuti di Cherating. Memandangkan cuti jatuh hampr dengan bulan Oktober, saya agak di Cherating pasti banyak gelama. Jadi saya pun berangan la nak mengail gelama walaupun pada kebanyak pengail tak lah glemer mengail gelama ni. Well…pada saya…for the fun of it…why not!
Jadi memandangkan musim raya maka kebarangkalian untuk dapat umpan akan jadi sedikit masalah lah. Jadi masa membeli lauk pauk untuk sajian raya, saya telah membeli udang untuk disediakan sebagai umpan saya. Resepi ini saya namakan salted baits! Saya belajar membuat umpan ni dari seorang forumer MSN tidak lama dulu apabila beliau menulis mengenainya. Jadi inilah masanya untuk ngetest.
Bahan-bahan
Bekas pelastik/plastic container
Garam kasar
Umpan yang tuan-tuan hendak gunakan. Saya menggunakan udang.
Cara-caranya
Tuang garam kasar di dasar bekas plastik.
Aturkan udang diatasnya.
Timbunkan garam kasar keatas udang. Kalau suka buatlah beberapa lapis.
Tutup bekas plastik dan simpanlah didalam freezer.
Bila nak pakai bawalah ia bersama anda dan gunakanlah bila tak dapat mencari umpan segar.
Satu advantage yang saya perhatikan mengguakan salted bait ni ialah ia akan menjadi lebih liat berbanding dengan yang segar apatah lagi yang dah dua tiga hari di simpan. Macam ikan kering lah. Kan bila dah kering lagi kenyal. So..barangkali macam maknusia, ade gak ikan-ikan yang suka makan ikan kering hehehe..so ada la peluang dapat juga.
Jadi di Cherating, ini lah umpan yang saya gunakan. Dengan peralatan joran teleskopik 12 kaki, perambut paternoster 2 mata, saya pun mengaillah di waktu petang. Selama lebihkurang 45 minit mengail saya menaikkan sebanyak 15 ekor sahaja ikan gelama yang saiznya lebarnya sebesar kotak rokok (Awas: Merokok Membahayakan Kesihatan). Dalam hati saya kata, ramainya ikan gelama yang sukakan salted baits. Mungkin dorang pon raya jadi susah nak dapat fresh baits! Hahahaha…..cubalah!
Salam n cheers….
Twelvefooter..