08
Jan
09

Asas Pancingan Pantai III – Perambut

Selamat bertemu kembali.

Mungkin masih tidak terlambat untuk mengucap Salam Ma’al Hijra kepada umat Islam dan juga Selamat Tahun Baru kepada semua.

Untuk bersambung topik Asas Pancingan Pantai, kini saya cuba ketengahkan suatu aspek yang agak penting dalam sukan memancing di pantai ia itu perambut.

Perambut-perambut yang akan diilustrasikan di sini merupakan perambut yang lazim digunakan oleh pemancing-pemancing pantai yang berpengalaman. Namun begitu ini tidak bermakna perambut yang digunakan ini menjanjikan tangkapan yang besar lagi lumayan. Ia adalah perambut yang bersesuaian dengan cara memancing dan peralatan yang digunakan. Jika dilihat dari ilustrasi berikut, perambut-perambut yang digunakan pemancing pantai ini membantu pemancing membuat libasan/lontaran joran-joran pantai yang rata-rata panjang dengan lebih kuat untuk dapat menempatkan umpan seberapa jauh yang boleh atau di lokasi yang pemancing merasakan adalah laluan ikan. Lazimnya laluan-laluan ini juga agak jauh ke tengah.

Jika diamati, penggunaan baitclip atau cangkuk kecil akan meminimakan tercabutnya umpan-umpan yang lembut seperti udang atau isi ikan yang dipotong ketika libasan/lontaran dibuat.

Untuk membuat perambut-perambut ini bahan-bahan seperti tali perambut, saiz mata kail dan cili (swivel) terpulanglah kepada pemancing itu sendiri. Ada pemancing yang suka menggunakan tali perambut yang lebih kecil diameter tali perambutnya dan ada yang suka menggunakan tali perambut yang bersaiz besar. Begitu juga dengan pilihan mata kail. Ilustrasi di bawah adalah contoh sahaja. Namun demikian, pemancing boleh membuat modifikasi mengikut kepandaian dan selera masing-masing.

Seterusnya jenis-jenis perambut pancingan pantai.

Flapper rig

Lazimnya digunakan untuk memikat ikan-ikan yang lebih kecil tanpa perlu melontar umpan terlalu jauh.

2hookflapperl2

Pulleyrig

Pemancing pantai lazimnya memanggilnya big game rig kerana ingin melontar umpan jauh ke tengah dan memikat ikan-ikan seperti pari atau ikan-ikan yang bersaiz besar.

rigpuleypenell2

Up and Over

Pemancing pantai lazimnya memanggilnya big game rig kerana ingin melontar umpan jauh ke tengah dan memikat ikan-ikan seperti pari atau ikan-ikan yang bersaiz besar.

upandover3

2 Hook Clip rig

Bila pemancing pantai ingin melontar umpan jauh ketengah.

2hookcliplrg3

Sumber dari www.smartfishing.co.uk

Selamat memancing

Dihasilkan oleh Twelvefooter


10 Responses to “Asas Pancingan Pantai III – Perambut”


  1. 1 khalid
    January 29, 2009 at 18:40 pm

    bang, why don’t you photograph some of the malaysian custom made (handicrafts of our local anglers)rigs? pasal apa…masa zaman gua join tournament kat ketapang dulu macam2 rig gua nampak. bukan apa bang…cuma gua ingat ikan kita rig kita lah…tu je…!!! it’s not an easy task i know…juz my thoughts anyway.

  2. 2 malaysiasurfcasting
    February 3, 2009 at 18:40 am

    bro..mmg intention pon nak boh rig buatan kita…will do that in future entries…

    cheers..

  3. 3 khalid
    February 3, 2009 at 18:40 am

    cantekkk… pasal apa bang gua rasa ramai champion angler yang pandai buat rig yang berhasil.

  4. 4 malaysiasurfcasting
    February 3, 2009 at 18:40 pm

    betul tu…saya tertarik dengan rig encik rahim raja smilang rompin dan raja pari teluk duri tuuuu…

    cheers..

  5. December 17, 2009 at 18:40 pm

    Salam bro…bait clip…yang mcm payung terbalik tu mana nak dapat?

    • 6 malaysiasurfcasting
      December 18, 2009 at 18:40 am

      memang susoh nok cari bait clip tu kat Malaysia…dulu ade satu kedai di jln maharaja lela kolumpo yg bawak dari singapore…tgk harga kita pon maleh nak beli….kalu saya jumpe kedai2 lain yg jual akan diberitahu kelak…

  6. 7 kaki ngail
    May 18, 2010 at 18:40 am

    bang,ade cr x nk bt spy umpan yg kita baling 2 x tcabut…

    • 8 malaysiasurfcasting
      July 12, 2011 at 18:40 pm

      untuk pastikan umpan tak tercabut; 1. jgn guna umpan yg dah reput; 2. guna mata kail ‘beak hooks’; 3. mata kail yg ada mata pandan pun bleh juga digunakan; 4. mahirkan teknik balingan; 5. bungkus umpan dengan kertas tisu yang nipis; 5. lilit umpan pada mata kail dengan benang halus; 6. sesuaikan saiz umpan dengan mata kail. 7. baca bismillah ketika membuat cast dan mohonlah supaya umpan tak tercabut dan akan jatuh depan muka ikan yg tengah lapar.

  7. 9 kaki ngail
    May 18, 2010 at 18:40 am

    satu lg soalan,tali perambut utk mata kail 2 pjg mn agk2 utk kite pancing pari…yg btul2 bkesan la

    • 10 malaysiasurfcasting
      July 12, 2011 at 18:40 pm

      oleh kerana pari mencari makan lazimnya di dasar atau di beting2 pasir, teknik menggunakan mata kail dua ni tak efektif. tapi kalau nak pakai dua mata, tentukan mata dibawah lebih panjang sekurang2nya dalam 8″-12″. allahualam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: