10
Dec
08

Hobi Memancing di Pantai

Pada setiap hujung minggu atau cuti am, kita sering melihat ramai juga yang berkelah dengan famili dan ada juga yang akan mengambil kesempatan untuk memancing.

Jika dulu kita sering melihat pemancing pantai menggunakan joran yang agak pendek, kini kita tidak akan berasa hairan melihat pemancing pantai yang kebanyakkannya menggunakan joran yang panjang. Begitu juga dengan saiz kekili yang digunakan. Kini ramai juga yang menggunakan kekili yang agak besar saiznya untuk disesuaikan dengan joran yang panjang supaya boleh melontar umpan dengan lebih jauh.

Oleh kerana ketika memancing sambil berkelah di pantai, pemancing haruslah lebih berhati-hati supaya ladung yang dilontar bersama umpan tidak mengena pengunjung yang berenang atau bermain apa-apa jenis sukan air. Lazimnya pemancing yang prihatin akan beralih ke kawasan yang lebih terpencil.

Kaedah memancing pantai secara umumnya memerlukan joran yang agak panjang antara 10 kaki hingga 13 kaki untuk mendapat lontaran umpan yang lebih jauh dengan cita-cita untuk menangkap ikan yang lebih besar. Namun kepada pakar-pakar yang boleh membaca pergerakan air dan kontuor pantai pastinya akan lebih berjaya mengesan tempat ikan bermain.

Selain joran, kekili yang sesuai untuk lontaran jauh juga memainkan peranan yang penting. Kepada yang sudah biasa menggunakan kekili mendatar akan merasakan keselesaan melontar dan lazimnya dapat melontar dengan lebih jauh dari kekili ‘spinning’. Namun sekali lagi lontaran yang jauh bukanlah semestinya menjanjikan ikan. Tetapi ikan-ikan yang besar selalunya akan berada agak jauh dari pantai.

Untuk memudahkan joran ditinggalkan selepas membuat lontaran, pemegang joran yang sesuai adalah satu lagi aspek penting. Pemegang joran yang sasa dan boleh dicucuk dalam kedalam pasir pantai adalah yang terbaik kerana ia dapat menahan tarikan ikan besar seperti pari. Sudah pasti ketika ini kita tidak mahu joran kita ditarik kedalam laut oleh ikan besar itu dan menjadikannya tukun. Terdapat banyak pilihan pemegang joran yang dijual di kedai-kedai pancing dan tepuk dada tanya lah selera.

Seterusnya pemilihan batu ladung yang sesuai. Ini bergantung kepada keadaan ombak, angin dan arus laut. Saiz ladung hendaklah disesuaikan dengan kekuatan tali. Jika menggunakan tali yang halus, padanan dengan batu ladung yang besar dan berat sudah tentu akan menyebabkan tali putus ketika lontaran yang kuat dibuat. Tetapi jika kita masih mahu menggunakan tali yang kecil untuk ladung yang besar eloklah mengikat ‘shock leader’ ke tali utama. Jika memancing di ketika pantai bergelora elok lah menggunakan ladung yang berdawai. Setiap pemancing pantai seelok-eloknya ada menyimpan beberapa ladung jenis ini jika keadaan memaksa menggunakannya. Harganya sangat mahal untuk sebiji ladung jenis ini.

Perambut juga merupakan aspek yang agak penting untuk memancing di pantai. Perambut satu atas-satu bawah (paternoster), ‘fish finder’ adalah yang lazim digunakan oleh pemancing pantai. Kita akan paparkan jenis-jenis perambut di artikel yang lain.

Umpan yang digunakan untuk pancingan pantai selalunya adalah perumpun. Ramai juga yang menggunakan sotong dan hirisan ikan dan ada juga yang menggunakan isi kerang. Ada baiknya kita pelbagaikan umpan untuk pancingan pantai. Penggunaan udang hidup lazimnya dapat memikat ikan-ikan yang besar.

Untuk keselesaan jangan lupa memakai pakaian yang sesuai. Topi juga merupakan perlindungan kepala dari terik matahari atau hujan renyai-renyai. Jika memancing di waktu malam di kawasan yang banyak agas, elok juga jika kita dapat menggunakan ‘insect repellant’ atau cara yang lebih murah melumur badan kita yang terdedah dengan minyak serai.

Akhirkata, lepaslah ikan-ikan kecil yang kita tidak mahu. Ikan-ikan pengacau seperti buntal juga eloklah dilepaskan kembali dari kerana mereka juga hendak meneruskan kehidupan. Marilah kita sama-sama menjaga kebersihan pantai kita dan janganlah kita membiarkan bahan-bahan yang bukan ‘bio-degradable’ di pantai. Perambut-perambut yang kita tidak mahu lagi dengan mata kail yang tajam juga haruslah disimpan didalam bekas sampah dan buang di tong-tong sampah yang kita jumpa diperjalanan pulang.

Peliharalah pantai kita kerana pantai yang bersih dan selamat juga menjadi kegemaran ikan bermain.

Selamat Memancing

Oleh Twelvefooter

About these ads

2 Responses to “Hobi Memancing di Pantai”


  1. 1 khalid
    February 11, 2009 at 18:40 am

    bang ada projek memancing pantai tak?

  2. 2 malaysiasurfcasting
    February 12, 2009 at 18:40 am

    belom ada plan lagi….kalau gigil mari cari smilang pantai acheh jer…..anak air masih dalam ingatan..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: