Feeds:
Posts
Comments

Memancing di tepi pantai di waktu malam memang menyamankan. Udara yang dingin membuatkan aktiviti memancing lebih relaks. Kalau tangkapan banyak boleh lah buat ikan bakar. Pasti manis rasanya ikan-ikan tu kerana masih segar.

 

Beberapa perkara umum tapi agak penting ketika memancing di waktu malam adalah lampu suluh. Sebaiknya cari lah lampu suluh jenis LED yang lebih terang dari lampu suluh konvensional. Lampu suluh LED lebih terang. Jangan lupa beli “head light” atau lampu suluh yang boleh diletak di dahi. Alaaa macam pengusaha-pengusaha ladang getah lah yang gunakan lampu untuk menoreh di waktu subuh.

 

Satu lagi aspek yang sangat penting ialah ‘tip light’ yang sangat berguna untuk menjadi penanda rentapan ikan yang dilekatkan pada hujng joran. Lazimnya kita selalu tengok orang gunakan loceng. tapi loceng ni kengkadang kalau angin tiup pun dia berbunyi. kalau dah ramai-ramai pula orang punya loceng berbunyi pon kita yang rasa kita punya. Jadi penggunaan ‘tip light’ akan membantu kita melihat joran kita. Pada yang tak tahu, ‘tip light’ ni memang banyak dijual di kedai-kedai pancing. Alaaa yang orang mancing kolam tu pakai…yang dia orang lelat kat pelampung tu laa..

 

So kalau tuan-tuan nak gunakannya cari lah saiz yang tuan-tuan rasa sesuai dengan ketajaman penglihatan tuan-tuan. Ada yang berwarna merah dan ada yang berwarna kehijauan. Saya lebih suka menggunakan yang kehijauan yang lebih terang. Dan saiz yang saya gunakan adalah yang besar sikit pasal malam ni kadang-kadang kita rabun macam ayam. Ikut lah yang mana tuan-tuan suka.

 

Caranya ialah lekatkannya dengan selotep. Mudah sahaja. Jaraknya ikut tuan lah. Saya selalu lekatkan lebih kurang 6″ dari hujung joran. Jadi kalau ikan kecil makan pun kita boleh nampak.

 

Jadi ini lah serba sedikit yang dapat dikongsi buat kali ini. Nanti kalau ada apa-apa lagi yang perlu saya akan update tuan-tuan.

 

Salam n cheers…

 

twelvefooter

Raya hari kelima yang lepas, sesudah menunaikan tanggungjawab sebagai anak, sebagai menantu, kami sekeluarga menghabiskan cuti di Cherating. Memandangkan cuti jatuh hampr dengan bulan Oktober, saya agak di Cherating pasti banyak gelama. Jadi saya pun berangan la nak mengail gelama walaupun pada kebanyak pengail tak lah glemer mengail gelama ni. Well…pada saya…for the fun of it…why not!

Jadi memandangkan musim raya maka kebarangkalian untuk dapat umpan akan jadi sedikit masalah lah. Jadi masa membeli lauk pauk untuk sajian raya, saya telah membeli udang untuk disediakan sebagai umpan saya. Resepi ini saya namakan salted baits! Saya belajar membuat umpan ni dari seorang forumer MSN tidak lama dulu apabila beliau menulis mengenainya. Jadi inilah masanya untuk ngetest.

Bahan-bahan

Bekas pelastik/plastic container

Garam kasar

Umpan yang tuan-tuan hendak gunakan. Saya menggunakan udang.

Cara-caranya

Tuang garam kasar di dasar bekas plastik.

Aturkan udang diatasnya.

Timbunkan garam kasar keatas udang. Kalau suka buatlah beberapa lapis.

Tutup bekas plastik dan simpanlah didalam freezer.

Bila nak pakai bawalah ia bersama anda dan gunakanlah bila tak dapat mencari umpan segar.

Satu advantage yang saya perhatikan mengguakan salted bait ni ialah ia akan menjadi lebih liat berbanding dengan yang segar apatah lagi yang dah dua tiga hari di simpan. Macam ikan kering lah. Kan bila dah kering lagi kenyal. So..barangkali macam maknusia, ade gak ikan-ikan yang suka makan ikan kering hehehe..so ada la peluang dapat juga.

Jadi di Cherating, ini lah umpan yang saya gunakan. Dengan peralatan joran teleskopik 12 kaki, perambut paternoster 2 mata, saya pun mengaillah di waktu petang. Selama lebihkurang 45 minit mengail saya menaikkan sebanyak 15 ekor sahaja ikan gelama yang saiznya lebarnya sebesar kotak rokok (Awas: Merokok Membahayakan Kesihatan).  Dalam hati saya kata, ramainya ikan gelama yang sukakan salted baits. Mungkin dorang pon raya jadi susah nak dapat fresh baits! Hahahaha…..cubalah!

Salam n cheers….

Twelvefooter..

Agak lama tak update site…will do so when time permits..

Anyway, Salam Ramadhan Al Mubaraq and Selamat Merdeka!

Salam & Cheers..

Salam…

Berikut adalah perambut yang saya gunakan ketika memancing di kuala linggi….

tali perambut – 25lb

saiz mata kail – 12

batu ladung – disesuaikan ikut kederasan air

rupanya lebih kurang macam ni lah

perambut-linggi1

dari twelvefooter

Salam…

Kuala Linggi ni bukanlah satu spot memancing yang luar biasa. Namun begitu suasananya yang dapat memikat ahli keluarga mandi manda dan pantainya yang agak bersih membuatkan saya memilihnya untuk bersantai bersama keluarga sambil saya dapat melepaskan gian ber surfcasting. Tak kesahlah dapat ikan atau tidak.

Kalau dulu orang tempatan bilang Kuala Linggi ni memang kaya dengan pelbagai ikan termasuklah cencaru yang bermain di muka muara Kuala Linggi ni. Tapi bila ramai orang tahu tempat ni lubuk emas maka ramailah juga penjaring-penjaring professional dan separuh professional termasuklah yang amatur menjalankan kegiatan menjaring mereka. Akhirnya mungkin kawanan ikan dah merajuk maka lari lah mereka. Barangkali juga spesis mereka dah pupus kerana anak2 ikan pun disapu bersih.

Beberapa tahun yang lalu jika kita memancing di Kuala Linggi dapatlah ikan gelama, bebolos, smilang, duri, daun baru, tetanda, tuka dan lain-lain spesis lagi. Seronok juga. Tapi dua tiga tahun kebelakang nak dapat seekor duri pun agak sukar. Tak tahu lah sebab apa. Maka dengan itu saya pun agak menjauhkan diri dari Kuala Linggi kerana rasa penat jugak memandu jauh-jauh dari Kuala Lumpur dan tak dapat apa-apa.

Setelah sekian lama tak melawat Kuala Linggi ni dengan perasaan berat hati saya gagahkan juga selepas rancangan untuk memancing di Kuantan terpaksa di kensel.

Sampai di Kuala Linggi saya litah tidak ramai yang memancing. Dua beranak yang memancing di atas batu saya lihat tidak dapat apa-apa ikan pun.

Saya pun tidak lah teruja untuk memancing. Kami kemas barang dan makan tengah hari sambil menikmati angin laut. Selepas makan baru lah saya menyiapkan peralatan surf fishing saya dan dengan hanya umpan perumpun yang saya beli hanya sebungkus mulailah aktiviti surf fishing saya.

15 minit kemudian saya lihat joran saya terhenjut-henjut. Seekor gelama yang agak besar sudah mengena. Ini sudah baik. Kata say dalam hati. Selepas itu saya mendapat 7 ekor gelama dan 2 ekor tetanda. Not bad!

Selepas 3 jam dan umopan pun dah habis saya pun kemas barang dan balek.

Nampaknya Kuala Linggi telah memberi nafas baru. Tapi ini hanya sekali sahaja. Mungkin rezeki saya kali ini.  Mungkin lawatan-lawatan selanjutnya akan menjadi pengukur kepada Kuala Linggi.

Kalau ada lagi cerita-cerita Kuala Linggi akan saya ceritakan disini.

Cheers…

oleh twelvefooter..

Salam.

Maaf kerana agak lama tdak update blog ini kerana begitu sibuk dengan tugak-tugas harian. Kali ini sukacita saya hendak memaparkan spot memancing kegemaran saya. Saya amat gemar memancing pantai di Kuantan kerana terlalu banyak pilihan untuk memancing.

Kuantan kaya dengan pantai-pantai yang juga kaya dengan ikan-ikan pantai termasuklah ikan pari. Walaupun ikan pari di pantai-pantai di Kuantan tidak terlalu memilih umpan namun otai-otai di Kuantan mempunyai rahsia mereka dalam memilih umpan. Ada sejenis ikan yang saya tidak tahu namanya yang rupanya seperti ikan lampam adalah umpan yang dikatakan sangat efektifuntk memikat ikan pari. Kalau rajin ke perkampungan nelayan di tepi-tepi pantai sangat mudah untuk kita dapat umpan itu ketika anak-anak nelayan memukat tarik di waktu petang. Sebab itulah saya tak ingat nama ikan itu kerana bila nampak bergelimpangan di pantai setelah dipukat, kutip saja. Nantilah bila satu hari saya dapat mengambil gambar ikan tu akan saya paparkan disini.

Jika ke bandar Kuantan, tempat yang paling dekat sekali hendak memancing adalah di kawasan Esplanade atau pun beberapa orang tempatan akan mengenalinya sebagai Benteng. Tempatnya adalah berdepan dengan Hospital Besar Tengku Afzan kalau tak silap saya. Di waktu malam kita akan lihat ramai pemancing tempatan yang akan menghabiskan masa petang mereka. Ada yang casting dan ramai yang menggunakan joran-joran surf yang membolehkan mereka melontar umpan jauh ketengah. Hujung minggu yang lalu seorang pemancing berjaya membawa naik seekor pari di waktu petang.

Selain dari Esplanade, pemancing pantai juga boleh mencuba nasib di Pantai Gelora. Ia terletak dekat dengan kelab golf kuantan. Ramai pemancing disini memburu pari. Saya sendiri pernah dapat seekor pari tetapi terlepas ketika ia di permukaan air. Selain pari saya juga pernah menaikkan kerapu. Kawasan disini saya agak mempunyai batu karang kerana kadar sangkut boleh tahan tingginya. Ketika air besar pergerakan air di sini agak laju.

Siapa tidak kenal pantai peranginan Teluk Cempedak. Kawasan ini agak istimewa terutama sekali bila ombak besar dan bendera merah dinaikkan menandakan orang ramai tidak boleh mandi manda. Ketika ini pemancing bolehlah bermaharaja lela menggunakan surf rod mereka untuk memancing. Jika tidak kenalah menapak sedikit ke kawasan berbatu untuk memancing. Disini lazimnya pemancing akan menggunakan udang hidup selain lain-lain umpan standard seperti sotong dan potongan isi ikan.

Selain ketiga-tiga tempat di atas boleh lah juga memancing di pantai Anak Air di Tanjung Lumpur, Pantai Batu Hitam, Gebeng dan sekitar pantai-pantai peranginan Cherating.

Memang seronok jika ke Kuantan kerana banyak tempat yang kita boleh pilih. Untuk melabuhkan diri setelah penat memancing banyak kemudahan-kemudahan hotel dan chalet dari yang murah sehinggalah ang mahal. BAnyak juga pilihan untuk makan malam yang kebanyakkannya berdekatan jembatan ke Tanjung Lumpur.

Akhir kata peliharalah pantai kita dan utamakan keselamatan ketika memancing.

Twelvefooter

Friday
13 Feb

Saturday
14 Feb

Sunday
15 Feb

Time
(hr min)

Height
(
metre)

Time
(hr min)

Height
(metre)

Time
(hr min)

Height
(metre)

HIGH

LOW

0226

0.05

0255

0.21

0323

0.49

HIGH

0817

4.16

0846

3.92

0912

3.61

LOW

1435

-0.34

1457

0.04

1523

0.46

HIGH

2042

4.48

2106

4.22

2134

3.92

Saya dah tak ingat bila. Tapi di suatu hari raya. Bertempat di pantai Teluk Rubiah, kenangan memancing ikan bebolos memang sangat mengasyikkan. Dalam lebih kurang dua jam sebanyak lebih 50 ekor ikan ini dapat dipancing. Mula-mula seronok tapi bila nak hisap rokok (Amaran: Merokok Membahayakan Kesihatan) pun tak dapat, lama-lama rasa macam satu beban pulak. I am human after all.

Tapi herannya sekarang nak dapat sekor pun amatlah susah. Barangkali aktiviti nelayan pantai yang tak sporting langsung menyebabkan ikan ni dah merajuk dan mula berumah di kawasan lain agaknya. Nelayan pantai di Teluk Rubiah memang kejam. Selalunya tak hiraukan pemancing-pemancing ketika air baik. Ade ke patut dorang menjaring rapat kepantai macam budak-budak Kuantan bermain pukat tarik? Sekurang-kurangnya budak-budak di Kuantan tu tak adalah sampai menjaring dikawasan ada pemancing. Di Teluk rubiah ni dah lah dorang naik bot. Dari tengah sampai tepi dia sapu. Kejam sungguh.

Kalau dulu bila air besar dari pantai pun boleh nampak gerombolan ikan bebolos ni bermain, tapi kini tinggal mimpi saje lah. Pasal tu lah dulu nak tarik pari kat Teluk Rubiah ni agak senang. Sekarang ni nasib-nasib saja lah. Kalau ada orang menjaring pun yang ada adalah anak-anak gelama yang masih menyusu. Kalau bercuti di hari minggu di sana dan hendak memancing elok lah memancing di siang hari kerana penjaring-penjaring ni jarang ada. Bila dah petang nampaklah kelibat mereka sehinggalah lewat pagi.

Kini bila kat Selangor begitu banyak lesen bot nelayan pantai yang diberikan nampak gaya makin susahlah nak dapat walau ikan buntal sekalipun di persekitaran perairan di Selangor nanti.

Balik kepada cerita memancing bebolos ni, kaedah yang paling effektif adalah kaedah memegang joran setelah umpan dibaling ke laut. Bebolos ni kalau kita lambat samada dia telan umpan dalam-dalam atau pun tanpa kita sedar dia dah terlepas. Perambut yang digunakan adalah jenis paternoster. Kalau masa ikan bebolos ni tengah banyak nak pakai perambut appolo pun boleh juga. Bebolos kalau banyak mungkin berada lebih kurang 20-30 meter dari gigi air. Tak perlulah baling jauh-jauh. Umpan yang ssaya guna ketika dapat begitu banyak bebolos ini adalah umpan sotong supermarket. Nak pakai perumpun pun boleh, isi ikan bebolos pun boleh. Bila dah banyak tu apa pun boleh kot. kalau nak syok lagi gunalah tali berdiameter kecil seperti 8 paun ke bawah. Baru lah terasa fightnya walaupun dengan yang bersaiz kecil. Tapi kalau yang kecil sangat tu kalau boleh lepas kan saja lah. Mungkin kalau dia belajar rajin-rajin dia boleh jadi ahli parlimen bila besar nanti hehehehe.

Ok lah sebenarnya nak cerita pasal lain. Tapi tiba-tiba aje terkenang masa memancing bebolos tu.

Kepada sekelian pemancing…fish safely and jagalah kebersihan pantai kita.

Sekian. Twelvefooter

2009 Chinese New year weekend is the opening of MSC fishing activities.

The entourage left for Rompin on Saturday morning and reached safely to the shore of Rompin Beach Resort later in the day. The weather was good but was very windy. Fishing was generally done at night while in the evenings when the tide is low the surfcasters, En Rahim and Aznaff awe passer by seeing them whipping their surf rods reaching distance that normal beach angler envy.

Fishing was great with En Rahim score top spot by hauling all smilangs of all sizes. On day 1 En Rahim caught two whopper and he bagged three more in the early morning of day 2. Haji Hamzah caught 2 smilangs and Aznaff and Twelvefooter only catches some belukangs as they both uses big game rigs. En Rahim and Haji Hamzah both uses paternoster/flapper rigs.

The breeze was raving and water became so brackish with enormous undercurrent. With head winds, casting on the night of day 2 was a disadvantage to anglers. The rough sea was also carrying a lot of logs and tree branches. In spite of that a few more catfish in blukangs were caught but the sight of smilangs was none. Anyhow, a spot was name for En Rahim known as Lubuk Encik Rahim the spot where he caught smilangs in many numbers and smilangs in many sizes. En Rahim also is still MSC record holder of pari when he hauled up a whopping 15kg pari in Teluk Rubiah.

That is all folks. Till later.

Cheers..

Contributed by twelvefooter

Date :- Jan 24 – 25, 2009

Fishing area :- Rompin Beach Resort and probably kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya (and its vicinity)

Tide prediction :-

Saturday
24

Sunday
25

Monday
26 Jan

Time
(hr min)

Height
(meter)

Time
(hr min)

Height
(meter)

Time
(hr min)

Height
(meter)

0408

1.61

0425

1.55

0446

1.49

0704

1.75

0757

1.81

0846

1.87

1355

0.54

1436

0.45

1513

0.38

2152

2.75

2223

2.79

2253

2.81

Older Posts »